Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua!
Hai, saya Mastura. Minggu lepas adalah penuh dengan detik-detik keinsafan. Saya telah menyaksikan berbagai-bagai kondisi manusia dan situasi keadaan, seakan-akan Allah mahu menunjukkannya di depan mataku.Seakan-akan Allah mahu mengajar dan memberi peringatan kepada saya, oh alhamdulillah. Terima kasih Tuhanku!
Minggu lepas, saya telah menyaksikan kasih sayang seorang ibu umur dalam lingkungan awal 40 terhadap seorang anak tunggal lelakinya yang hanya berumur 13 tahun terpaksa menghadapi pembedahan untuk membuang ketumbuhan malignan pada kaki nya. Dapat saja dilihat si Ibu berzikir dan mengusap-usap kepala anak nya, mencium berkali-kali pipinya, memegang erat tangan si anak. Si ibu khuatir jika sesuatu buruk akan berlaku kepada anaknya semasa pembedahan. Belum puas si ibu mahu membesarkan si anak, kini ditimpa ujian pula. Hanya satu-satu anak lelakinya. Jika dia tiada, siapa yang akan menemani dan menggembirakan hati Si Ibu? Si anak berlagak seakan seperti tiada apa yang serius akan berlaku, walhal dia sedar bahawa penyakit ketumbuhan yang dihadapinya agak agresif, dan tidak pasti jika hidup nya akan bertahan lama. Tetapi dia masih cool dan bersahaja. Pun begitu, kerisauan jelas dapat dilihat dalam anak matanya, sangat mudah ditafsir, walaupun dia cuba untuk menyembunyikan perasaannya jauh di dalam benak hati. Sangat optimis budak ini.
Dia bercerita tentang wishlist yang dapat, kerana semua kanak-kanak yang menghidap kanser akan dapat mengisi borang wishlist. Minta sahajalah apa yang di inginkan, Badan NGO ini tahu, ini sahaja yang dapat sedikit sebanyak mengggembirakan hati kanak-kanak ini. Si Anak ini menghajatkan untuk mendapatkan sebuah motor ATV. Lalu dia menceritakan tentang kisah seseorang yang juga menghidap kanser (tapi jenis lain, lebih agresif mungkin) telah pergi melancong ke Hong Kong Disneyland bersama-sama seluruh ahli keluarga dengan wang tunai RM5000 setiap seorang di support khas oleh badan NGO berkenaan. Ahli keluarga itu tahu, waktu hidup bersana anak tidak lama, inilah peluang akhir untuk meluangkan masa bersama-sama. Walaupun nampak girang, hati siapa yang tahu.
"Untunglah dapat isi wishlist, pergi melancong bersama keluarga"
terkeluar ayat ini dari mulut saya, saya memang menyesal, tapi dah terkeluar takleh nak undo balik, lainlah kalau boleh tekan Ctrl+Z dalam hidup ni, memang sangat nais lah jika boleh...
Lalu Si Budak terdiam sebentar.. melemparkan pandangan ketempat lain dan menjawab perlahan,
"Untung??"
Pasti dia terpikir, kakak ni, lagi mahukan benda-benda macam ni dari nyawa? Lagi mahukan ini dari kehilangan waktu yang tak sempat diluangkan sepuas hati lagi bersama ibu bapa?
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan”.
Oh Allah. Aku sesungguhnya telah banyak lalai di atas muka bumi, banyak nikmat mu yang kau beri aku kufurkan. Sungguh berat ujian yang diberikan kepada hamba-hambaMu yang lain berbanding dengan ku. Alhamdulillah ya Allah, kau telah berikan kepadaku dan ahli-ahli keluargaku, orang-orang yang rapat dengan ku, kesihatan yang baik.
Hari yang berikutnya, aku telah pergi ke satu foodcourt area damansara.
Aku terlihat, ada seorang lelaki berumur lingkungan awal 20. berbadan pendek, sedikit gempal, berbaju Melayu biru terang, rambutnya lurus tetapi kusut sedikit, panjang sikit bahagian depan.... berjalan perlahan-lahan, muka tunduk kebawah tapi pandangan ke hadapan. Macam tidak betul orang ini... Lalu ku lihat dia ingin menghampiri orang-orang yang sedang makan, tapi seperti teragak-agak. Malu mungkin. Malu untuk meminta wang untuk membeli makanan, walaupun perutnya mungkin sedang lapar. Mana lah ibu bapa orang ini? Tak pun di mana ahli-ahli keluarganya? Dia seorang diri berjalan ke sana ke mari.
Aku terfikir, oh Ya Allah. Alhamdulillah kau telah mengurniakan kami dan orang-orang disekeliling kami mental fikiran yang sihat, perangai yang baik-baik (tak zalim). walaupun terkadang terasa dengan gurauan kasar menusuk ke hati (huhaha)..... Alhamdulilah aku punyai ahli keluarga yang menyayangi diriku, walaupun selalu dimarah. Banyak betul jenis-jenis ujian yang Allah berikan pada hamba-hambaNya.
Maka bersyukurlah kamu semua. Kerana punya akal dan badan yang sihat. Bersyukurlah kerana kamu semua ni belajar medik, compare ngan orang lain yang tak dapat belajar, mahu cari kerja pun susah. Mau cari duit makan untuk sesuap pun sukar. Kita ni kerja pun gerenti (insyaAllah) ada. Bersyukurlah dikurniakan kemahiran-kemahiran yang ekstra...Maka ucaplah alhamdulillah, sujudlah syukur pada tuhan yang menciptakan sekalian alam dan makhluk di dunia ini.
Firman Allah SWT yang maksudnya: “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Ibrahim:7).

"perangai yang baik-baik (tak zalim). walaupun terkadang terasa dengan gurauan kasar menusuk ke hati"
ReplyDelete'like' ~ haha~