Wednesday, March 6, 2013

Urban Posting

Honestly, i felt so much grateful to have urban health included in our posting in 3rd year.

this posting had taught me about human life.
about the lives that are so much different from ours.
The dark side ones.

We had listened to their stories, about how they were involved with social problems, drug addicts, crimes, misbehavior, neglecting parents. The scenes when i thought could only happen in TV dramas. But it's not.
In reality, it really really, like really really happens.
The killers, the abusers, the guilty ones are in front of us, telling us every single nightmares of their lives.

It reflects betapa buruknye sifat-sifat manusia, dan seburuk-buruk mereka itu, kita masih dilarang utk menghakimi mereka kerana akhirnya kita akan lihat, apabila mereka telah belajar tentang kesilapan mereka, mereka akan jadi jauh lebih baik dari kita.

Walau mereka berzina, mereka minum arak, mereka memukul, merompak, membunuh...
Pasti kita akan rasa takut, tapi jangan takut utk mengubah/mengajar mereka utk kembali ke pangkal jalan... kerana siapa mahu dilahirkan dan hidup sebegitu? mereka memerlukan support dari kita.

Saya rasa bersyukur sebab ada lagi manusia2 yg prihatin terhadap komuniti mereka, lalu menubuhkan pusat-pusat tanpa profit utk membantu golongan ini.

So for the past 3 weeks, we have been to many NGO sites. Such as
Pengasih (Drug addicts rehab centre)
Raudhatus Sakinah (tempah wanita yg terlanjur utk di didik selama setahun sebelum kembali ke masyarakat)
Rumah Orang Tua Al-Ikhlas
Befrienders (pusat bagi mereka yg punya masalah stress atau mental atau apa2 sahaja masalah utk dikongsi)

Pengasih:
tempat ini tiada pagar, tempat di mana penagih dadah ingin berhenti daripada menghisap dadah. tempat di mana perompak2, pembunuh, peragut di didik utk kembali ke pangkal jalan. Orang yg mengasaskan tempat ini dan tukang masak, dan tukang kebun dan admin dan fasilitator, dan tan sri dan dato sri semuanya adalah bekas penagih dadah yg telah sedar dan mahu mendidik golongan mereka utk berubah.

Raudhatus Sakinah:
tempat ini mendidik wanita-wanita yg telah terlanjur dan tidak tahu hendak pergi ke mana utk mengelak dari cemuhan masyarakat. mereka akan di didik selama 13 bulan, perkara yg sunat diwajibkan, solat secara berjemaah, membaca dan menghafaz alquran, berpuasa, dan mengikuti kelas-kelas agama dan vokasional. mereka mendapat sokongan dari kalangan mereka sendiri.

Befrienders:
Utk orang2 yg ada masalah dan tidak tahu utk mengadu kepada sesiapa, mereka boleh menelefon atau email utk meluahkan masalah mereka. Khidmat ini free dan hal anda akan disimpan rahsia.
Pusat ini telah mengurangkan kadar bunuh diri dalam masyarakat kita.

So utk siapa2 yg ingin menyumbang kepada masyarakat, anda boleh la melawati tempat-tempat ini dan menyumbang khidmat dari segi energy, wang ataupun sokongan moral.
Kalau anda ada masalah, jangan segan silu, sila hubungi mereka. Mereka pasti akan membantu.

A quote from one of em:
"Sebelum ni saya langsung tak pernah tahu pasal al-mulk, solat-solat sunat, baca al-quran... kalau saya tidak ditakdirkan utk masuk ke pusat ni, entah sampai umur 24, 25 atau bila-bila pun saya tak akan tahu.. jadi, saya sangat bersyukur sebab walaupun perkara pahit berlaku, akhirnya saya dapat merasa kemanisan agama saya sendiri.. "


So thats all, thanks for reading, and minta maaf atas segala apa kesalahan pada diri saya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...