Hari selasa lepas ialah hari di mana atuk kesayangan saya telah pergi meninggalkan kami semua untuk menyahut seruan Illahi. Saya sayang yayi sebab, dialah satu-satunya atuk yang dekat dengan saya. Kehilangan dia sangat terasa. Saya sudah mula merindui dia. Tapi apa yang boleh saya buat? Hanya berdoa dan mengamalkan nasihat-nasihatnya.
Yayi baik .Dia selalu ambil saya dari sekolah pagi dan menghantar saya ke sekolah agama setiap hari.
Setiap hari lepas balik dari sekolah agama, kami semua akan singgah ke rumahnya, sbb rumah mak ngan atuk time tu dekat je, 5 minit jalan kaki da sampai. Birthdays pun setiap tahun mesti celebrate kat rumah dia.
Selalu hari sabtu dan ahad, saya akan tidur di rumahnya, dan setiap pagi dia akan buat toast bread utk kami adik beradik. Dia sapukan dorina, jam strawberry, dan siap potong kan kecik2 utk kami makan.
Yayi penyayang. Time saya umur budak sekolah tadika dulu, dia yg selalu mandikan saya petang2. Dia pun belikan kitorang basikal, so boleh main cycling kat padang depan rumah tu setiap petang. Itu la pasal kulit saya gelap (tak pasal). Time saya kecil-kecil, saya selalu juga keluar dengan dia, jalan-jalan. Pergi rumah saudara. Pergi area ChowKit. Pergi teman dia hantar surat masjid ke rumah-rumah. Pergi kedai.
Yayi garang. Tapi jarang-jarang.
Tapi garang bertempat. Saya masih ingat masa tu saya nak beli slurpy lepas balik skolah agama. Tapi time tu ramai gile budak2 lain ada berebut nak beli. Saya tak pandai berebut time tu, so saya biarkan semua org beli dulu baru saya beli. Yayi tunggu kat luar. Bila turn saya nak beli, yayi masuk marah sebab dia da lambat ke masjid. Time tu laama jugak dia tunggu. 30 minit. Tengok2 da maghrib. Sorry yayi, buatkan yayi lambat ke masjid. Tapi sejak cucu2 dia semua dah besar, yayi macam lagi ceria je..
Yayi selalu beli makanan.
Kalau saya tidur rumah dia, pagi2 tu mesti tgk air teh dan sarapan dah sedia atas meja. Saya dan nenek cuma bangun dan makan je. Kalau petang2, dia selalu beli kuih-muih. Masa waktu rehat sekolah rendah, setiap hari yayi datang bawak nasi lemak utk saya dan abang makan.
Yayi kalau sakit, dia tak pernah mengadu.. Dia tahan saja. Dia kalau sakit, dia tak cakap kat orang. Kalau sakit, dia tak keluarkan bunyi pun. Dia diam je. Tapi muka dia jelas nampak dia sakit..
Yayi kalau sakit, dia tak pernah mengadu.. Dia tahan saja. Dia kalau sakit, dia tak cakap kat orang. Kalau sakit, dia tak keluarkan bunyi pun. Dia diam je. Tapi muka dia jelas nampak dia sakit..
Dua tiga hari ni yayi tak sihat. Dia kata dia tak makan semalam. Perut tak mahu terima. Saya buatkan bubur utk dia. Itulah first time saya masakkan untuk dia. Dan kali terakhir juga. Saya tak pernah buatkan air untuk dia minum, saya tak pernah peluk dia sepanjang saya sedar, saya tak pernah cium pipi dia. Hanya salam tangan sahaja. Tapi yayi suka bila saya ceria. Saya datang2 je rumah dia, saya senyum lebar2 saya panggil "Yai!~" Dia senyum je. nampak lah gigi dia tersusun rapi. Gigi palsu. Hihi. Saya sayang dia.
Semalam, sampai saja saya di rumah Yayi, sudah mula ramai org hadir, saya nampak sekujur badan di tengah ruang tamu. Hati saya lagi bertambah sebak. Langkah saja masuk, air mata saya terus mengalir dengan deras. Saya terus memeluk erat nenek saya. "Mastura, yayi kita dah tak ada, nanti tinggal Nyai sorang-sorang, siapa nak jaga Nyai.." (Nyai ialah nenek). Saya hanya mampu mendengar dan memeluk saja. Kaku. Nyai tidak mampu untuk berjalan ke kubur, kakinya tidak larat melangkah. Semasa van membawa pergi arwah, Nyai menangis teresak-esak melihat kekasih hatinya pergi, tak dapat lihat lagi selepas ini. Itulah kekasih nya sejak 50 tahun yg lepas. Dia lah tempat bergaduh dan bermanja. Dialah yg ke pasar, yg selalu menolong mencuci pinggan, yg membuang sampah...
Smalam ialah kali pertama saya cium pipi Yayi, selepas dia dimandikan dan dikafankan. Saya cium pipi dia. Puas. Tapi dia tak sedar. Kalau dia sedar mesti dia rasa happy, sebab itu lah first time cucu dia cium pipi dia. Selama ni masa arwah masih hidup, saya selalu teringin nak cuba peluk dia, tapi saya pendamkan je. Sbb saya tak berani.. Mesti dia pun pernah terasa nak peluk cucu-cucu dia semua... Tapi dia ialah seorang yg pendiam, tak banyak menyuarakan hasrat. Kalau orang kasi, dia terima saje.
Smalam ialah kali pertama saya cium pipi Yayi, selepas dia dimandikan dan dikafankan. Saya cium pipi dia. Puas. Tapi dia tak sedar. Kalau dia sedar mesti dia rasa happy, sebab itu lah first time cucu dia cium pipi dia. Selama ni masa arwah masih hidup, saya selalu teringin nak cuba peluk dia, tapi saya pendamkan je. Sbb saya tak berani.. Mesti dia pun pernah terasa nak peluk cucu-cucu dia semua... Tapi dia ialah seorang yg pendiam, tak banyak menyuarakan hasrat. Kalau orang kasi, dia terima saje.
Semalam orang offer saya jiruskan air ke badan dia buat kali terakhir. Tapi saya terlepas. Mak, kakak dan makcik dapat peluang tu, saya tidak. Saya terasa sedih...
Semalam saya tengok dia dimasukkan ke dalam liang lahad. Muka dan badan dia dierengkan ke atas tangan kanan, dihadapkan ke tanah. Saya lihat perlahan-lahan orang mengambus tanah itu. Selamat tinggal yayi. Kita tak akan berjumpa lagi selama-lamanya. Tidak di dalam kubur, tidak di padang masyar.. memang tak boleh berjumpa kerana terlalu ramai manusia di atas bumi ini bangkit dari kubur. Harap2 kita akan berjumpa lagi suatu masa kelak. Selepas berpuluh-puluh ribu tahun kita di akhirat untuk mencari jalan ke hari Hisab nanti. Jika kita berjaya mengharungi bersama-sama. Saya nak jumpa yayi lagi nanti. Saya akan cuba beramal dan membuat kebaikan di atas dunia selagi saya masih hidup supaya kita dapat berjumpa di Syurga Allah.. insyaAllah
Aamiin.
Al-fatihah utk Haji Ahmad Jupri bin Haji Mimbar.
Ya Allah, Ampunilah dosanya, rahmatilah dirinya, lepaskanlah dirinya daripada seksaan azab kubur dan jauhilah dirinya daripada seksaan azab api neraka, terimalah segala amalan solehnya dan tempatlah kan dia di dalam syurgaMu, Ya Allah.
Allahumma aamiin.. aamiin Ya Rabb.
my tokcik (atuk jugak) pon just passed away. ahad lepas. not much difference. and yes, sangat sangat sedihh kan?
ReplyDeletexpe, doakan yang terbaik je buat arwah.
innalillah... betul2, thx lisa :')
Deletedoakan yg terbaik untuk saudara2 kita yg dah meninggal dunia. Dilapangkan kubur, diterangi dengan cahaya dan ditemani dengan al-quran. aamiin